Friday, 20 May 2011

best time!

Assalamualaikum..

Lama sudah aku tak update blog aku. Biasalah kalau waktu cuti dan aku berada di rumah, memang menjadi kemalasan aku untuk melayari internet. Sebab ape?? Korang tahu tak sebab ape?? Sebab aku kalau da online, memang nak hadap lappy sajalah kan. Macam tak ada benda lain pula yang nak dibuat. So, aku mengambil langkah pencegahan untuk kurangkan online. Aku masih boleh tahan nafsu lagi ok. Lately ni aku rajin online sebab ape??? sebab benda ni lah.


Sebab cityville ni lah aku mula online. hahahaha

Buat pertama kalinya aku cuti dah seminggu, semalam baru keluar hangout dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Best and enjoy jugak lah kan. Tapi dorang keluar lagi awal. Pukul 11 lebih dah keluar da. Aku hanya dapat keluar pukul 2:30 petang. Almaklumlah, aku ni kan busy-woman. Macam-macam hal aku nak kena uruskan sebelum keluar. Walaupon sekejap saja, tapi aku tetap enjoy! Terubat sikit rindu kat kawan-kawan lama. Kawan selamanya ya! (^_^)

Mula-mula dorang pergi tengok Nur Kasih The Movie, aku tak join. Then, kteorang makan kat Kenny Rogers Roasters kat JJ Bandaraya Melaka yang baru tu. Memang lamalah kan lepak kat situ. Borak-borak, gosip-gosip and all the things that girls always do when they meet each other. :)
 Lastly, we're going to MIBC (Malacca International Bowling Centre). Memang haruk gila lah kan kteorang kat sana.

 aku dan azera. sempat lagi nak posing.

 Kasut-kasut yang bertebaran.

 Ada gaya professional tak aku ni??

 Kami lagi!

 Some of my besties that made my day.

 Kira-kira, bahagi, bayar, selesai.

 Orang sedang sibuk mengira, minah 2 orang ni sempat je nak posing.


In Kenny's. Dah nak balik baru nak snap gambar.



Wednesday, 11 May 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Perjuangan dan penghabisan bukan setakat disini
Masih jauh lagi perjalan
Masih banyak lagi cabaran
Yang bakal mendatang
Yang penuh dengan tanda soal
Yang bakal membentuk aku
menjadi insan mulia

Alhamdulillah
Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya
Alhamdulillah
Aku diberi peluang untuk melihat indah ciptaan-Nya
Alhamdulillah
Aku masih boleh menikmati nikmat-Nya
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Aku berpeluang bersyukur di atas segala kurnian-Nya

Sunday, 8 May 2011

sayang ibu! sayang ayah!

HAPPY MOTHER'S DAY!!! Hari ini dah hari ahad rupanya = 8 mei 2011 = hari ibu.



Mostly ramai saja students U yang dah balik rumah. Tapi aku dan segelintir saja yang masih meneruskan perjuangan menghadapi saat-saat gentir peperiksaan. Sungguh sadis disitu. Semua orang boleh celebrate mother's day secara besar-besaran tapi kami hanya menyambut didalam hati. Walaupun sebenarnya hari ibu tak boleh ditetapkan. Kita sepatutnya sambut hari ibu ini tiap-tiap hari. Tak kira masa dan waktu. Tanpa ibu siapalah kita semua. Begitu juga dengan ayah. Tanpa mereka, tiadalah kita pada hari ini. Almaklumlah, orang melayu ini kan ramai yang malu nak tunjukkan kasih sayang sebenar mereka kepada ibubapa masing-masing. Lebih-lebih lagi yang dah besar matang dan yang bajet brutal. Takkanlah dorang tetiba nak bagi hadiah or bunga kat parents dorang.Takda pun tetiba je puluk cium parents masing-masing. Maunye parents dorang terkejut beruk dan berkata-kata "Buang tebiat ape kau ni, jang??" Oleh yang demikian (wah! ayat nak sarkastik), wujudlah hari-hari sedemikian dimana kita boleh tunjukkan kasih sayang kita kepada kedua ibubapa kita tanpa segan dan silu. Ok. Tetiba aku homesick. (T____T) Uwaaaa!! Nak balik rumah. Aku nak peluk cium ibu aku.

Malam-malam yang indah ni sambil kepala otak penat study earth's system, aku terkenangkan ibu aku. Dulu aku taklah rapat sangat dengan ibu aku. Just biasa-biasa saja. Maklumlah, aku ni kan seorang yang begitu pemalu. (yeke?? =_=) Aku lagi rapat dengan ayah aku. Ayah aku tak pernah berkira dengan aku. Tapi aku still sayang kedua-duanya. Tapi sejak meningkat remaja, aku mula rapat dengan ibu aku. Aku dah mula boleh berkongsi dengan ibu aku. Kira ibu ni one of my BFF lah. :) Dan sekarang, aku bahagia punya segalanya. Mean????


super mom in the world!!

inilah buah hati kesayangan saya. ibu & ayah.

Aku ingat lagi dulu, masa aku kecik-kecik lagi. Ibu selalu back me up. Pernah sekali tu aku gaduh dengan ayah aku pasal nak masuk sekolah menengah masa itu aku baru lepas UPSR.

                                      ayah : Nurul, ada apply sekolah agama?
                                      aku : Tak apply pon. Tak naklah. Nanti kena pakai tudung labuh.
                                    ayah : Apply jelah. Manalah tahu dapat masuk ke. Blablablabla..... 
                                *aku dalam hati dah membentak-bentak dah.Tiba-tiba datang si penyelamat. Siapa lagi kalau bukan ibu.*
                                    ibu : Biarlah dia nak apply ke tak nak. Dia yang nak blaja.
                                 *Aku hanya tersenyum riang. :D*

Dan macam-macam lagi yang kedua ibubapa aku dah buat dan berkorban untuk aku since aku lahir lagi. Aku bersyukur dan bertuah sangat kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. (even kadang-kadang ada krisis juga) I'm glad to have the best mom and dad in the world~








Saturday, 7 May 2011

Hanya sekelip mata.

sedar x tak sedar sekejap saja aku dah nak masuk as 2nd year student. Aku rasa macam baru saja semalam aku masuk tadika alih-alih dah nak 2nd year student dah. Sekejap sungguh masa berlalu. Macam tak percaya je. Rasanya macam baru je semalam main kejar-kejar dengan kawan-kawan sekolah rendah alih-alih harini aku dah terduduk kat um yang serba indah ini.
                                                       *zaman kanak-kanak ribena*


                                                     * my beloved uni's main library*
Walau apa sekali pun, inilah yang dinamakan lumrah alam. Dulu masa kecik-kecik selalu je tak sabar nak besar, masuk universiti, kerja. Alah, aku tahu korang pon mesti sama jugakkan?? Lebih2 lagi masa sekolah rendah. Kan cikgu-cikgu sume suka bagi homework banyak. Then, bila dah balik rumah bukan nak buat homework dulu, pergi main dengan kawan-kawan dulu. Malam pula dah penat dan TERtidur. Esok bangun pagi, homework tak siap-siap lagi. Then, menangis. (T______T) Sadiskan zaman kecik-kecik dulu. Jangan tak nak mengaku la kan. Semua kanak-kanak sama je.

Tetiba aku teringat satu kisah ini:
       ibu: teruknya result periksa, nas. (nas tu adik aku yang bongsu)
       nas: alah nas saja je tak nak belajar pandai-pandai.
       aku: napa pula kau tak nak blaja pandai-pandai?
       nas: yelah, kalau nas belajar pandai-pandai nanti nas kena masuk asrama pastu masuk universiti.Nanti dapat kerja jauh-jauh. Siapa nak jaga ibu dengan ayah?
       aku & ibu: gurlp~ (speechless)
*see~ budak-budak pun dah fikir macam itu*


Bila dah masuk matrix, dah masuk universiti, menangis-nangis kau nak balik zaman main ting-ting, congkak, guli dan sebagainya. Baru rasa macam mana jadi student U. Dengan assignment berlambak-lambak. Subject tough gile! Semua tu nak kena hadap. Tapi, itulah lumrah as student U. Actually, as student U ni, bukanlah susah sangat. Janji korang hargai dan enjoy jadi student. Macam aku ni. (^_^)  Aku mengaku masa mula-mula masuk U, aku selalu je menangis (T_T) ok, rahsia dah terbongkar. Sebab ape aku selalu menangis?? Sebab aku fikir kalau jadi student U ni, susah. Banyak kerja dan sebagainya. all tha bads 'bout being as student. Plus, mostly student U ni suka buat hal masing-masing. Kemana aku pergi hanyalah aku sendirian. Oh! sungguh pilu hati ini. Tapi, bila da lama-lama duduk and adapt dengan keadaan ni, aku mula enjoy dan hargai setiap detik serta kawan-kawan disekeliling aku. Aku mula bersyukur pada yang-Esa kerana memberi peluang kepada aku. Now, all the bad thougt about university have gone! Thanx to someone that always be by myside and give me supports when i need them. :D

Friday, 6 May 2011

hanya ini????

disebabkan ke-busy-an aku yg tahap melampau maka, aku pon xsempat+xdpt nak update blog sebelum2 ni. sungguh dasyat ye. yela nmenye pon ngah final exam kn. so, as a student, aku knela study utk score final ni. last sem da la xscore sgt. sungguh mendukacitakan. :'( dan sekarang ni, ade pulak masa aku nak update blog. hahahahahaha (maseh xsedar diri yg aku ada 1 lagi paper yg nk kne jawab) Aigoo! utk sem ni aku jus ade 6 paper je. yg baru jwb 5 paper. so, still ade 1 lg paper yg perlu dijawab pada rabu depan. Paper tersebut adalah sges 1302. introduction to earth's system. Mcm menarek kn bunyinye? tapi memang menarek pon juz lecturers yg ajar tu je kurang menarik. ops! maksug aku bkn xmenarik tp some sort of bored. aku ni da la yg selalu jarang tido mase klas tp slalunye klau kelas ni, aku xthu la nape aku ni suke sgt TERtido. YE! TERtido SAHAJA! sekarang ni pon mata aku da berat hampi 9999999 kilogram ye. akibat semalam study smpai 3 ke 4 pagi. mata aku ni pon da mcm zombie. huhuhu -.- actually, byk yg aku nk update. byk sgt smpai aku terlupa n xthu mcm mne nk mula. tu la. laen kali klau terigt je, terusla update. jgn la simpan2 then lupa. awak tu da tua. da nyanyuk pon. @_@ sadisnye ayat tu~ dumb! (tertunduk kesedihan)