Assalamualaikum w.b.t.
Hohohohoho. Aku dah pun kembali ke Um terchenta ni. Setelah 4 bulan mencutikan badan dan mengaratkan otak, akhirnya aku kembali semula untuk membuang segala macam karat yang dah melekat kat otak aku ni. Semalam smpai Astar ni pukul 12 tengahari. Adalah lebih-lebih sikit.Tapi, tak boleh nak daftar lagi sebab pejabat buku pukul 1. So, aku bersama ahli keluarga aku bergotong-royong membawa segala jenis barang-yang-aku-bawa-dari-rumah-yang-memang-macam-nak-menetap-terus-kat-Astar ni ke depan bilik aku. Sebenarnya, kiteorang duduk bilik lama iaitu bilik E408 tapi bilik tu renovate lah pulak kan. So, kiteorang terpaksalah duduk kat bilik B301. Bilik ni besar sikit.
Setelah penat sesi mendaftar dan kemas sikit-sikit, aku dan family menuju ke Klang. Kononnye nak sambung beraya lagi. Kiteorang just pergi rumah Pak Long aku je. Lamalah juga menempek kat sana tu. hehehehe. :D
Dalam pukul 5 petang barulah aku officially balik terus ke hostel ni. Bermulah sesi kemas mengemas aku bersama roomates tersayangku. Penat gilalah mengemas. Mula-mula bilik ni dah macam apa dah. Kiteorang 3 orang dalam 1 bilik. Seorangya barang je dah macam nak dekat 1 lori so, paham-paham jelah ye bila dah 3 sekali bergabung ni. Tapi berbaloilah juga kiteorang kemas sama-sama. Kiteorang dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia ada setelah 4 bulan berpisah. Macam-macam ragam dan cerita yang kiteorang kongsi bersama. Walaupun penat dan bermandikan peluh yang amat dasyat tapi kiteorang seronok!
Insyaallah kiteorang nak cuba join aktiviti-aktiviti kolej untuk mengumpul lebih banyak merit supaya tahun depan kiteorang still boleh menetap kat kolej Astar terchenta ni. :)
* new bag far new year :)*
* inilah keadaan meja studyku setelah bertungkus-lumus mengemas*
* my lovely bed*
Thanx sebab sudi dengar aku merepek yang-ntah-pape-ntah-ni.



