Mostly ramai saja students U yang dah balik rumah. Tapi aku dan segelintir saja yang masih meneruskan perjuangan menghadapi saat-saat gentir peperiksaan. Sungguh sadis disitu. Semua orang boleh celebrate mother's day secara besar-besaran tapi kami hanya menyambut didalam hati. Walaupun sebenarnya hari ibu tak boleh ditetapkan. Kita sepatutnya sambut hari ibu ini tiap-tiap hari. Tak kira masa dan waktu. Tanpa ibu siapalah kita semua. Begitu juga dengan ayah. Tanpa mereka, tiadalah kita pada hari ini. Almaklumlah, orang melayu ini kan ramai yang malu nak tunjukkan kasih sayang sebenar mereka kepada ibubapa masing-masing. Lebih-lebih lagi yang dah besar matang dan yang bajet brutal. Takkanlah dorang tetiba nak bagi hadiah or bunga kat parents dorang.Takda pun tetiba je puluk cium parents masing-masing. Maunye parents dorang terkejut beruk dan berkata-kata "Buang tebiat ape kau ni, jang??" Oleh yang demikian (wah! ayat nak sarkastik), wujudlah hari-hari sedemikian dimana kita boleh tunjukkan kasih sayang kita kepada kedua ibubapa kita tanpa segan dan silu. Ok. Tetiba aku homesick. (T____T) Uwaaaa!! Nak balik rumah. Aku nak peluk cium ibu aku.
Malam-malam yang indah ni sambil kepala otak penat study earth's system, aku terkenangkan ibu aku. Dulu aku taklah rapat sangat dengan ibu aku. Just biasa-biasa saja. Maklumlah, aku ni kan seorang yang begitu pemalu. (yeke?? =_=) Aku lagi rapat dengan ayah aku. Ayah aku tak pernah berkira dengan aku. Tapi aku still sayang kedua-duanya. Tapi sejak meningkat remaja, aku mula rapat dengan ibu aku. Aku dah mula boleh berkongsi dengan ibu aku. Kira ibu ni one of my BFF lah. :) Dan sekarang, aku bahagia punya segalanya. Mean????
super mom in the world!!
inilah buah hati kesayangan saya. ibu & ayah.
Aku ingat lagi dulu, masa aku kecik-kecik lagi. Ibu selalu back me up. Pernah sekali tu aku gaduh dengan ayah aku pasal nak masuk sekolah menengah masa itu aku baru lepas UPSR.
ayah : Nurul, ada apply sekolah agama?
aku : Tak apply pon. Tak naklah. Nanti kena pakai tudung labuh.
ayah : Apply jelah. Manalah tahu dapat masuk ke. Blablablabla.....
*aku dalam hati dah membentak-bentak dah.Tiba-tiba datang si penyelamat. Siapa lagi kalau bukan ibu.*
ibu : Biarlah dia nak apply ke tak nak. Dia yang nak blaja.
*Aku hanya tersenyum riang. :D*
Dan macam-macam lagi yang kedua ibubapa aku dah buat dan berkorban untuk aku since aku lahir lagi. Aku bersyukur dan bertuah sangat kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. (even kadang-kadang ada krisis juga) I'm glad to have the best mom and dad in the world~





No comments:
Post a Comment