Friday, 18 November 2011

Sit on the floor while doing assignments and online
Throw away shoes everywhere
Laughing & chit-chat-ing
Nice scenery view
sleepy??
Just laying your body on the floor
No other people allowed

Thursday, 17 November 2011

Patah Hati.

Walau kau tiada disini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku.

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Oh.. Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun aku tetap merasa kejamnya
Kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua
Bilakah ku bisa menerima ketiadaanmu
kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Oh.. Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah..




Tuesday, 15 November 2011

Meremis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entri kali ini, aku nak ceritakan pula pengalaman pertama aku ketika meremis. Korang tahu tak apa itu meremis?? hehehehe Janganlah malu-malu kalau tak tahu pon. Meremis itu adalah aktiviti mencari remis di pantai. Remis ini macam lala or kupang tapi lagi kecik tau. Comel-comel saja aku tengok remis-remis ini. Aktiviti ini sebenarnya dah lama da. 9 November lepas. Aku saja yang baru ada masa nak update ini. hehehe Mula-mula, aku dan ary rancang nak bazirkan suara berkaraoke. Alih-alih, meremis pula jadinya. Semuanya secara kebetulan. Kiteorang pergi rumah ayish di Kuala Sungai Baru. Saja-saja nak melawat. Si ary ini rindu kat si ayish tu. Aku pon bawalah dia jumpa ayish. Kiteorg tak tahu pon yang ayish nak ajak kiteorang meremis. Bukan main lagi kiteorang sume dress up. Then, jadi peremis pula. Peremis? Ntah betul ke tak ayat aku tu. hehehe Bole tak bayangkan gaya kiteorang yang first time meremis yang dress up tak bole nak kalah.

Korang teringin tak nak meremis?
Kalau korang nak meremis, korang kena ada: 
  •  baldi, 
  • bakul or tangguk yang lubangnya tak terlalu kecik (just bolelah nak buat tapis pasir laut), 
  • senduk besi or rubber glove. hehehehe
Remis ini seronok kalau cari waktu petang. Masa air dah surut. Barulah masyuk sikit. Takdelah basah macam kiteorang nanti. Lagi satu, pakai baju buruk saja ye. Tak payahlah nak melawa masa meremis. Nanti di lambung ombak pula. 

* ayuh meremis! *

* si pakar menunjukkan kepakarannya *

* menyusun strategi meremis *

* semapt lagi berposing tu *

* kami beradu tenaga. apa yang penting? kerjasama! *

* hasil tangkapan kami. ini baru 1/10 *

* inilah inchi remis *

* aku dan ary. Berposing jap kat rumah ayish. *

* jom makan. :) *

* tergugatkah iman anda? *

* untuk si dia *

So, korang dah tahulah apa itu remis kan?? cubalah korang rasa remis tu. Sedap kot. Remis ni korang boleh masak ikot resepi korang sendirilah kan. Bila korang da dapat remis, korang rendam dulu dalam baldi yang mengandungi air laut. Ini bertujuan untuk menbuang pasir-pasir yang terdapat dalam remis tu. Then, kalau korang nak simpan remis ini, simpan terus dalam fridge. Jangan basuh dulu dengan air paip. Nak masak baru basuh. Kalau tak nanti remis ni busuk dan mati.

Sekian saja untuk kali ini. (^_^)



Wednesday, 9 November 2011

Perfect two. :*


You can be the peanut butter to my jelly,
You can the butterflies i feel in my belly,
You can be the captain and i can be your first mate,
You can be the chills that i feel on our first date.

You can be the hero and i can be your sidekick,
You can be the tear that i cry if we ever split,
You can be the rain from the cloud when its storming,
Or you can be the sun when its shines in the morning.

Don't know if i could ever be 
Without you cause boy you complete me,
And in time i know that we'll both see,
That we're all need.

Cause you're apple to my pie,
You're the straw to my berry,
You're smoke to my high,
And you're the one i wanna marry.

Cause you're the one for me,
And i the one for you,
You take the both of us,
And we're the perfect two.

We're the perfect two,
We're the perfect two,
Baby me and you,
We're the perfect two.

You can be the prince and i can be the princess,
You can be the sweet tooth i can be the dentist,
You can be the shoes and i can be the laces,
You can be the heart that i spill on the pages.

You can be the vodka and i can be the chaser,
You can be the pencil and i can be the paper,
You can be as cold as winter weather,
But i don't care as long as we're together.

You know that i'll never doubt you,
And you know that i think about you,
And you know i can't live without you,
I love the way you smile,
And maybe in just awhile,
I can see me walk down the aisle.






Tuesday, 8 November 2011

Field trip. :)

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Tiba-tiba saja aku rasa nak update blog aku. Apakah?? Bosan barangkali. *Padahal assignment berlambak tak siap lagi. adesh!*.

29 oktober lalu = first field trip aku dan coursemate aku. Untuk subjek Biology Monitoring. Kiteorang ke Fraser Hill! seronok kot jadi budak-budak environment ini. Boleh berjalan-jalan. Course korang ada?? hehehe aku tahulah ada juga course yang berjalan-jalan jugak. sangat seronok kn?? Nothing much to say. Pergi sana sebab nak cari Lichen yang less polluted. Yela, Fraser Hill kan macam less polluted gitu. Tapi aku macam confused je tujuan utama kiteorang pergi sana. Nak cari Lichen ke nak melancong sebenarnya? -.-' Biasalah manusia.

* on the way to Fraser Hill*

* 1st stop kt kaki bukit *


* 2nd stop kt tengah bukit *

* 3rd stop for lunch *

* makan jap. goreng pisang panas. aww! *

* posing sebentar *

* environmentalists at work *

* good bye Fraser Hill *

2 nov = Kiteorang ke Tasik Titiwangsa. Mula-mula nak pergi itu hujan yang sangat lebat. Alhamdulillah hujan semakin reda bila kiteorang sampai. :) Tujuan utama ke sana = mencari Lichen. hehehe

* mencari Lichen *

* cantikkan pokok-pokok botak itu? *

* say peace to the world *

* take a break! eh? *

Setakat ini kiteorang baru ada 2 field trip. Naik cuti half-sem ini, kiteorang akan ke FRIM, Kepong. some more field trip for biomon practical class. Jangan pandang course kiteorang ini sebelah mata saja ye! Kiteoranglah yang bakal menyelamatkan Bumi dari dibinasa nanti. Amin~




Monday, 12 September 2011

semangat baru.

Assalamualaikum w.b.t.

Hohohohoho. Aku dah pun kembali ke Um terchenta ni. Setelah 4 bulan mencutikan badan dan mengaratkan otak, akhirnya aku kembali semula untuk membuang segala macam karat yang dah melekat kat otak aku ni. Semalam smpai Astar ni pukul 12 tengahari. Adalah lebih-lebih sikit.Tapi, tak boleh nak daftar lagi sebab pejabat buku pukul 1. So, aku bersama ahli keluarga aku bergotong-royong membawa segala jenis barang-yang-aku-bawa-dari-rumah-yang-memang-macam-nak-menetap-terus-kat-Astar ni ke depan bilik aku. Sebenarnya, kiteorang duduk bilik lama iaitu bilik E408 tapi bilik tu renovate lah pulak kan. So, kiteorang terpaksalah duduk kat bilik B301. Bilik ni besar sikit.

Setelah penat sesi mendaftar dan kemas sikit-sikit, aku dan family menuju ke Klang. Kononnye nak sambung beraya lagi. Kiteorang just pergi rumah Pak Long aku je. Lamalah juga menempek kat sana tu. hehehehe. :D
Dalam pukul 5 petang barulah aku officially balik terus ke hostel ni. Bermulah sesi kemas mengemas aku bersama roomates tersayangku. Penat gilalah mengemas. Mula-mula bilik ni dah macam apa dah. Kiteorang 3  orang dalam 1 bilik. Seorangya barang je dah macam nak dekat 1 lori so, paham-paham jelah ye bila dah 3 sekali bergabung ni. Tapi berbaloilah juga kiteorang kemas sama-sama. Kiteorang dapat mengeratkan silaturrahim yang sedia ada setelah 4 bulan berpisah. Macam-macam ragam dan cerita yang kiteorang kongsi bersama. Walaupun penat dan bermandikan peluh yang amat dasyat tapi kiteorang seronok! 

Insyaallah kiteorang nak cuba join aktiviti-aktiviti kolej untuk mengumpul lebih banyak merit supaya tahun depan kiteorang still boleh menetap kat kolej Astar terchenta ni. :)

 * new bag far new year :)*

 * inilah keadaan meja studyku setelah bertungkus-lumus mengemas*

* my lovely bed*

Thanx sebab sudi dengar aku merepek yang-ntah-pape-ntah-ni.

Thursday, 8 September 2011

Kembali.

Assalamualaikum w.b.t...

Erm, hari ni da nak masuk hari jumaat dah. Tapi aku satu hapak pon tak packing barang lagi. Excited nak balik UM tapi malas nak packing barang. Benda lazim yang berlaku kepada students yang menetap di hostelkan? Bila dah balik UM, maka bermulalah semula kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Untuk sem ini, aku nak fokus lebih and try the best. Tiap-tiap hari aku pergi kelas jalan kaki. Nak kata jauh tu, tak ada lah jauh sangat. Dalam 10-15 minit jalan kaki, sampailah ke fakulti aku itu. Nak naik bas UM, malaslah pula. Nak tahu tak sebab apa?? Sebab bas tu taknak berhenti kat depan kolej aku. Menyirap je! Kadang-kadang, aku jeleslah juga tengok students lain yang ada transport sendiri. Ada yang merempit, ada yang memandu dan ada juga yang menumpang tak kiralah dia menumpang bf dia ke kawan dia ke. Pantas dan selesa je sampai kelas. Aku ini masih terhegeh-hegeh berjalan. Kadang-kadang berdua dan kadang-kadang bertiga. Nak buat macam mana kan? Dah nasib badan. Tapikan, berjalan kaki ini sebenarnya banyak manfaatnya lah kan. Antaranya:
  • Berjalan kaki ini merupakan senaman yang paling senang dan simple. Selain itu, berjalan kaki juga akan membakar kalori dalam badan dengan cepat.
  • Berjalan kaki juga boleh menyihatkan jantung dengan melancarkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah selain mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
  • Amalan berjalan kaki juga akan meningkatkan metabplisme tubuh dan menstabilkan berat badan.
  • Berjalan kaki juga mampu menurunkan berat badan kepada mereka yang mengalami penambahan berat badan.
  • Osteoporosis dapat dicegah dengan berjalan kaki. Ini kerana, pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki dapat memperkuatkan otot badan serta tulang.
  • Dengan berjalan kaki, sakit lutut dapat diredakan.
  • Berjalan kaki dapat menggantikan ubat anti tekanan. Maka dengan berjalan kaki, seseorang itu mampu mengurangkan tekanan yang dialaminya.


Tengok! Banyakkan manfaat kepada si penjalan kaki tegar seperti aku ini. hehehehe :) Jadi, korang janganlah mengeluh kalau kena jalan kaki. Jalan kaki = hidup sihat.


Friday, 20 May 2011

best time!

Assalamualaikum..

Lama sudah aku tak update blog aku. Biasalah kalau waktu cuti dan aku berada di rumah, memang menjadi kemalasan aku untuk melayari internet. Sebab ape?? Korang tahu tak sebab ape?? Sebab aku kalau da online, memang nak hadap lappy sajalah kan. Macam tak ada benda lain pula yang nak dibuat. So, aku mengambil langkah pencegahan untuk kurangkan online. Aku masih boleh tahan nafsu lagi ok. Lately ni aku rajin online sebab ape??? sebab benda ni lah.


Sebab cityville ni lah aku mula online. hahahaha

Buat pertama kalinya aku cuti dah seminggu, semalam baru keluar hangout dengan kawan-kawan sekolah menengah dulu. Best and enjoy jugak lah kan. Tapi dorang keluar lagi awal. Pukul 11 lebih dah keluar da. Aku hanya dapat keluar pukul 2:30 petang. Almaklumlah, aku ni kan busy-woman. Macam-macam hal aku nak kena uruskan sebelum keluar. Walaupon sekejap saja, tapi aku tetap enjoy! Terubat sikit rindu kat kawan-kawan lama. Kawan selamanya ya! (^_^)

Mula-mula dorang pergi tengok Nur Kasih The Movie, aku tak join. Then, kteorang makan kat Kenny Rogers Roasters kat JJ Bandaraya Melaka yang baru tu. Memang lamalah kan lepak kat situ. Borak-borak, gosip-gosip and all the things that girls always do when they meet each other. :)
 Lastly, we're going to MIBC (Malacca International Bowling Centre). Memang haruk gila lah kan kteorang kat sana.

 aku dan azera. sempat lagi nak posing.

 Kasut-kasut yang bertebaran.

 Ada gaya professional tak aku ni??

 Kami lagi!

 Some of my besties that made my day.

 Kira-kira, bahagi, bayar, selesai.

 Orang sedang sibuk mengira, minah 2 orang ni sempat je nak posing.


In Kenny's. Dah nak balik baru nak snap gambar.



Wednesday, 11 May 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..

Perjuangan dan penghabisan bukan setakat disini
Masih jauh lagi perjalan
Masih banyak lagi cabaran
Yang bakal mendatang
Yang penuh dengan tanda soal
Yang bakal membentuk aku
menjadi insan mulia

Alhamdulillah
Aku masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya
Alhamdulillah
Aku diberi peluang untuk melihat indah ciptaan-Nya
Alhamdulillah
Aku masih boleh menikmati nikmat-Nya
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Aku berpeluang bersyukur di atas segala kurnian-Nya

Sunday, 8 May 2011

sayang ibu! sayang ayah!

HAPPY MOTHER'S DAY!!! Hari ini dah hari ahad rupanya = 8 mei 2011 = hari ibu.



Mostly ramai saja students U yang dah balik rumah. Tapi aku dan segelintir saja yang masih meneruskan perjuangan menghadapi saat-saat gentir peperiksaan. Sungguh sadis disitu. Semua orang boleh celebrate mother's day secara besar-besaran tapi kami hanya menyambut didalam hati. Walaupun sebenarnya hari ibu tak boleh ditetapkan. Kita sepatutnya sambut hari ibu ini tiap-tiap hari. Tak kira masa dan waktu. Tanpa ibu siapalah kita semua. Begitu juga dengan ayah. Tanpa mereka, tiadalah kita pada hari ini. Almaklumlah, orang melayu ini kan ramai yang malu nak tunjukkan kasih sayang sebenar mereka kepada ibubapa masing-masing. Lebih-lebih lagi yang dah besar matang dan yang bajet brutal. Takkanlah dorang tetiba nak bagi hadiah or bunga kat parents dorang.Takda pun tetiba je puluk cium parents masing-masing. Maunye parents dorang terkejut beruk dan berkata-kata "Buang tebiat ape kau ni, jang??" Oleh yang demikian (wah! ayat nak sarkastik), wujudlah hari-hari sedemikian dimana kita boleh tunjukkan kasih sayang kita kepada kedua ibubapa kita tanpa segan dan silu. Ok. Tetiba aku homesick. (T____T) Uwaaaa!! Nak balik rumah. Aku nak peluk cium ibu aku.

Malam-malam yang indah ni sambil kepala otak penat study earth's system, aku terkenangkan ibu aku. Dulu aku taklah rapat sangat dengan ibu aku. Just biasa-biasa saja. Maklumlah, aku ni kan seorang yang begitu pemalu. (yeke?? =_=) Aku lagi rapat dengan ayah aku. Ayah aku tak pernah berkira dengan aku. Tapi aku still sayang kedua-duanya. Tapi sejak meningkat remaja, aku mula rapat dengan ibu aku. Aku dah mula boleh berkongsi dengan ibu aku. Kira ibu ni one of my BFF lah. :) Dan sekarang, aku bahagia punya segalanya. Mean????


super mom in the world!!

inilah buah hati kesayangan saya. ibu & ayah.

Aku ingat lagi dulu, masa aku kecik-kecik lagi. Ibu selalu back me up. Pernah sekali tu aku gaduh dengan ayah aku pasal nak masuk sekolah menengah masa itu aku baru lepas UPSR.

                                      ayah : Nurul, ada apply sekolah agama?
                                      aku : Tak apply pon. Tak naklah. Nanti kena pakai tudung labuh.
                                    ayah : Apply jelah. Manalah tahu dapat masuk ke. Blablablabla..... 
                                *aku dalam hati dah membentak-bentak dah.Tiba-tiba datang si penyelamat. Siapa lagi kalau bukan ibu.*
                                    ibu : Biarlah dia nak apply ke tak nak. Dia yang nak blaja.
                                 *Aku hanya tersenyum riang. :D*

Dan macam-macam lagi yang kedua ibubapa aku dah buat dan berkorban untuk aku since aku lahir lagi. Aku bersyukur dan bertuah sangat kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia. (even kadang-kadang ada krisis juga) I'm glad to have the best mom and dad in the world~








Saturday, 7 May 2011

Hanya sekelip mata.

sedar x tak sedar sekejap saja aku dah nak masuk as 2nd year student. Aku rasa macam baru saja semalam aku masuk tadika alih-alih dah nak 2nd year student dah. Sekejap sungguh masa berlalu. Macam tak percaya je. Rasanya macam baru je semalam main kejar-kejar dengan kawan-kawan sekolah rendah alih-alih harini aku dah terduduk kat um yang serba indah ini.
                                                       *zaman kanak-kanak ribena*


                                                     * my beloved uni's main library*
Walau apa sekali pun, inilah yang dinamakan lumrah alam. Dulu masa kecik-kecik selalu je tak sabar nak besar, masuk universiti, kerja. Alah, aku tahu korang pon mesti sama jugakkan?? Lebih2 lagi masa sekolah rendah. Kan cikgu-cikgu sume suka bagi homework banyak. Then, bila dah balik rumah bukan nak buat homework dulu, pergi main dengan kawan-kawan dulu. Malam pula dah penat dan TERtidur. Esok bangun pagi, homework tak siap-siap lagi. Then, menangis. (T______T) Sadiskan zaman kecik-kecik dulu. Jangan tak nak mengaku la kan. Semua kanak-kanak sama je.

Tetiba aku teringat satu kisah ini:
       ibu: teruknya result periksa, nas. (nas tu adik aku yang bongsu)
       nas: alah nas saja je tak nak belajar pandai-pandai.
       aku: napa pula kau tak nak blaja pandai-pandai?
       nas: yelah, kalau nas belajar pandai-pandai nanti nas kena masuk asrama pastu masuk universiti.Nanti dapat kerja jauh-jauh. Siapa nak jaga ibu dengan ayah?
       aku & ibu: gurlp~ (speechless)
*see~ budak-budak pun dah fikir macam itu*


Bila dah masuk matrix, dah masuk universiti, menangis-nangis kau nak balik zaman main ting-ting, congkak, guli dan sebagainya. Baru rasa macam mana jadi student U. Dengan assignment berlambak-lambak. Subject tough gile! Semua tu nak kena hadap. Tapi, itulah lumrah as student U. Actually, as student U ni, bukanlah susah sangat. Janji korang hargai dan enjoy jadi student. Macam aku ni. (^_^)  Aku mengaku masa mula-mula masuk U, aku selalu je menangis (T_T) ok, rahsia dah terbongkar. Sebab ape aku selalu menangis?? Sebab aku fikir kalau jadi student U ni, susah. Banyak kerja dan sebagainya. all tha bads 'bout being as student. Plus, mostly student U ni suka buat hal masing-masing. Kemana aku pergi hanyalah aku sendirian. Oh! sungguh pilu hati ini. Tapi, bila da lama-lama duduk and adapt dengan keadaan ni, aku mula enjoy dan hargai setiap detik serta kawan-kawan disekeliling aku. Aku mula bersyukur pada yang-Esa kerana memberi peluang kepada aku. Now, all the bad thougt about university have gone! Thanx to someone that always be by myside and give me supports when i need them. :D

Friday, 6 May 2011

hanya ini????

disebabkan ke-busy-an aku yg tahap melampau maka, aku pon xsempat+xdpt nak update blog sebelum2 ni. sungguh dasyat ye. yela nmenye pon ngah final exam kn. so, as a student, aku knela study utk score final ni. last sem da la xscore sgt. sungguh mendukacitakan. :'( dan sekarang ni, ade pulak masa aku nak update blog. hahahahahaha (maseh xsedar diri yg aku ada 1 lagi paper yg nk kne jawab) Aigoo! utk sem ni aku jus ade 6 paper je. yg baru jwb 5 paper. so, still ade 1 lg paper yg perlu dijawab pada rabu depan. Paper tersebut adalah sges 1302. introduction to earth's system. Mcm menarek kn bunyinye? tapi memang menarek pon juz lecturers yg ajar tu je kurang menarik. ops! maksug aku bkn xmenarik tp some sort of bored. aku ni da la yg selalu jarang tido mase klas tp slalunye klau kelas ni, aku xthu la nape aku ni suke sgt TERtido. YE! TERtido SAHAJA! sekarang ni pon mata aku da berat hampi 9999999 kilogram ye. akibat semalam study smpai 3 ke 4 pagi. mata aku ni pon da mcm zombie. huhuhu -.- actually, byk yg aku nk update. byk sgt smpai aku terlupa n xthu mcm mne nk mula. tu la. laen kali klau terigt je, terusla update. jgn la simpan2 then lupa. awak tu da tua. da nyanyuk pon. @_@ sadisnye ayat tu~ dumb! (tertunduk kesedihan)

Tuesday, 29 March 2011

What????

Hohohoho. da lame rasenye aku xmenghapdate blog aku ni. walaupon da lewat sgt tp aku nak hapdate jgk. Td kiteorg ahli RANCAK ASTAR ni ade mkn2. korg thu x RANCAK ASTAR tu ape??? mesti korang xthu kn. kteorg juz famous kt Kolej kediaman Pertama, UM je. hahahaha. Famous la sgt kn. tp aku juz low profile je ye. RANCAK ASTAR ni kumpulan boria dari kolej kami la. Alhamdulillah aritu mse Festival Seni kteorg dpt tempat ke-3. Tapi mse tu rmai yg ckp kami bole dpt 1st placing. Juz judges je yg slh fhm terhadap konsep n tema kteorg. Agak frust la mulenye tp apekan daya. Sume tu da lme da berakhir. Tp b4 tu lg kami da dpt twrn utk buat perfomance mse dinner kolej. xgempak ke gitu. hahahaha :D Kteorg dpt byrn rm200 000  for dat perfomance. ok la kot utk kteorg yg masih amatur n xthu pape lg ni. Dan dengan duet tu td la kteorg sume bedal Dominos pizza. Bpk ar byk gile kot dorg borong. xterlarat aku nk abeskn. Aku juz mkn beberape je. yg laen tu wakafla kt sesape yg lapar sgt tu. Aku igtkn td juz mkn2 je. then timbul la plak idea utk buat ucapan oleh bakal legenda boria yg akan meninggalkan kami. sob.sob.sob. :'( sedey kot. kteorg sume da mcm 1 family da. so, momtom n mon pon bgla ucapan dorg. tetibe aku plak jd wakil junior kne bg ucapan kt dorg. aku da la xprepare pape so aku tibai je la ape yg mampu aku ungkapkan. ceh~ ayat xley blah la kn. Dan aku sangkakan setakat itu saje. Rupe2nye dptg plak idea nk lantik manager baru. Gune sistem sms plak tu. X ke maju kteorg budak boria ni. HAHAHAHA. DAN yg paling xley tahan, AKU yg terpilih utk jd MANAGER! ulang suara. AKU jd MANAGER! agak klaka ye disitu. Papepon aku try xhampakan kepd dorg yg da bazir kredit undi aku tu. Tahnx u ols~ ( tiru gaye ckp momtom smbil tgn sebok selak2 rambut) Aku akan cube yg terbaek. Arai plak jd assistant aku. Dunia da terbalek da~ Btw, kenyang gile kot td. syg sume budak boria. we're one happy family. :) (tetibe teringat games kad mase zmn knk2 dulu)


*byk x kotak2 pizza?*


*ada lagi da~*


*kerakusan memakan pizza*


*adakah anda juga inginkannya? klau inginkannya, gandakannya*