Thursday, 8 September 2011

Kembali.

Assalamualaikum w.b.t...

Erm, hari ni da nak masuk hari jumaat dah. Tapi aku satu hapak pon tak packing barang lagi. Excited nak balik UM tapi malas nak packing barang. Benda lazim yang berlaku kepada students yang menetap di hostelkan? Bila dah balik UM, maka bermulalah semula kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Untuk sem ini, aku nak fokus lebih and try the best. Tiap-tiap hari aku pergi kelas jalan kaki. Nak kata jauh tu, tak ada lah jauh sangat. Dalam 10-15 minit jalan kaki, sampailah ke fakulti aku itu. Nak naik bas UM, malaslah pula. Nak tahu tak sebab apa?? Sebab bas tu taknak berhenti kat depan kolej aku. Menyirap je! Kadang-kadang, aku jeleslah juga tengok students lain yang ada transport sendiri. Ada yang merempit, ada yang memandu dan ada juga yang menumpang tak kiralah dia menumpang bf dia ke kawan dia ke. Pantas dan selesa je sampai kelas. Aku ini masih terhegeh-hegeh berjalan. Kadang-kadang berdua dan kadang-kadang bertiga. Nak buat macam mana kan? Dah nasib badan. Tapikan, berjalan kaki ini sebenarnya banyak manfaatnya lah kan. Antaranya:
  • Berjalan kaki ini merupakan senaman yang paling senang dan simple. Selain itu, berjalan kaki juga akan membakar kalori dalam badan dengan cepat.
  • Berjalan kaki juga boleh menyihatkan jantung dengan melancarkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah selain mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.
  • Amalan berjalan kaki juga akan meningkatkan metabplisme tubuh dan menstabilkan berat badan.
  • Berjalan kaki juga mampu menurunkan berat badan kepada mereka yang mengalami penambahan berat badan.
  • Osteoporosis dapat dicegah dengan berjalan kaki. Ini kerana, pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki dapat memperkuatkan otot badan serta tulang.
  • Dengan berjalan kaki, sakit lutut dapat diredakan.
  • Berjalan kaki dapat menggantikan ubat anti tekanan. Maka dengan berjalan kaki, seseorang itu mampu mengurangkan tekanan yang dialaminya.


Tengok! Banyakkan manfaat kepada si penjalan kaki tegar seperti aku ini. hehehehe :) Jadi, korang janganlah mengeluh kalau kena jalan kaki. Jalan kaki = hidup sihat.


No comments:

Post a Comment