Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk entri kali ini, aku nak ceritakan pula pengalaman pertama aku ketika meremis. Korang tahu tak apa itu meremis?? hehehehe Janganlah malu-malu kalau tak tahu pon. Meremis itu adalah aktiviti mencari remis di pantai. Remis ini macam lala or kupang tapi lagi kecik tau. Comel-comel saja aku tengok remis-remis ini. Aktiviti ini sebenarnya dah lama da. 9 November lepas. Aku saja yang baru ada masa nak update ini. hehehe Mula-mula, aku dan ary rancang nak bazirkan suara berkaraoke. Alih-alih, meremis pula jadinya. Semuanya secara kebetulan. Kiteorang pergi rumah ayish di Kuala Sungai Baru. Saja-saja nak melawat. Si ary ini rindu kat si ayish tu. Aku pon bawalah dia jumpa ayish. Kiteorg tak tahu pon yang ayish nak ajak kiteorang meremis. Bukan main lagi kiteorang sume dress up. Then, jadi peremis pula. Peremis? Ntah betul ke tak ayat aku tu. hehehe Bole tak bayangkan gaya kiteorang yang first time meremis yang dress up tak bole nak kalah.
Korang teringin tak nak meremis?
Kalau korang nak meremis, korang kena ada:
- baldi,
- bakul or tangguk yang lubangnya tak terlalu kecik (just bolelah nak buat tapis pasir laut),
- senduk besi or rubber glove. hehehehe
Remis ini seronok kalau cari waktu petang. Masa air dah surut. Barulah masyuk sikit. Takdelah basah macam kiteorang nanti. Lagi satu, pakai baju buruk saja ye. Tak payahlah nak melawa masa meremis. Nanti di lambung ombak pula.
* ayuh meremis! *
* si pakar menunjukkan kepakarannya *
* menyusun strategi meremis *
* semapt lagi berposing tu *
* kami beradu tenaga. apa yang penting? kerjasama! *
* hasil tangkapan kami. ini baru 1/10 *
* inilah inchi remis *
* aku dan ary. Berposing jap kat rumah ayish. *
* jom makan. :) *
* tergugatkah iman anda? *
* untuk si dia *
So, korang dah tahulah apa itu remis kan?? cubalah korang rasa remis tu. Sedap kot. Remis ni korang boleh masak ikot resepi korang sendirilah kan. Bila korang da dapat remis, korang rendam dulu dalam baldi yang mengandungi air laut. Ini bertujuan untuk menbuang pasir-pasir yang terdapat dalam remis tu. Then, kalau korang nak simpan remis ini, simpan terus dalam fridge. Jangan basuh dulu dengan air paip. Nak masak baru basuh. Kalau tak nanti remis ni busuk dan mati.
Sekian saja untuk kali ini. (^_^)











No comments:
Post a Comment